Minyak Herba Cap Udang

Minyak Herba Cap Udang (Double Prawn Brand Herbal Oil) ialah produk perubatan Cina yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan herba. Produk ini sudah bersejarah lebih daripada 50 tahun. Minyak Herba membantu melegakan kesakitan, pembengkakan dan kegatalan akibat luka, luka lelas, gigitan serangga dan masalah kulit lain.

Ramuan

Kapur Barus, Minyak Pudima, Ekstrak Rubarb dan sebagainya.

Fungsi

Untuk melegakan kesakitan, pembengkakan dan kegatalan akibat gigitan serangga, jangkitan kulat, kubis, kudis buta, kerengsaan kulit, luka bakar dan melecur, luka kecil, luka lelas, lebam dan sebagainya.

Cara Penggunaan
  1. Untuk sengatan, gigitan dan kegatalan, sapukan MINYAK HERBA pada bahagian terlibat beberapa kali sehari sehingga sembuh sepenuhnya.
  2. Untuk kesakitan dan pembengkakan akibat luka kecil, kecederaan, luka lelas, luka bakar dan melecur, sapukan MINYAK HERBA pada bahagian terlibat dengan kapas sebagai pembalut; ulangi sehingga sembuh sepenuhnya. Atau merendam bahagian yang cedera (seperti jari) terus ke dalam MINYAK HERBA selama 10 – 30minit.
Perhatian

UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA. HINDARI DARIPADA MATA DAN MEMBRAN MUKUS. JAUHI DARIPADA KANAK-KANAK.

Cara Menyimpan

Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan daripada cahaya matahari secara langsung.

Pembungkusan

14ml dan 28ml di dalam botol kaca.

Tempat Pembelian

Produk Cap Udang mudah didapati di kedai perubatan, farmasi dan kedai serbaneka.  Selanjutnya >>

Peringatan Penting

Pembungkusan Minyak Herba Cap Udang mungkin berbeza di negara yang berbeza untuk memenuhi keperluan nasional tertentu. Malangnya, terdapat banyak produk tiruan di pasaran. Sila pastikan anda membeli Minyak Herba Cap Udang yang dikeluarkan oleh Tai Tong Ah Sdn Bhd dari Singapura.

Bahasa Malaysia