Pengasas Tai Tong Ah ialah mendiang En. Yeoh Liew Kung yang datang ke Singapura dari China Selatan pada 1930-an. Beliau ialah seorang doktor perubatan Cina yang berpengalaman. Perniagaan ini dimulakan pada 1950-an ketika En. Yeoh menghasilkan beberapa botol Minyak Herba Udang di rumah dengan rumusan rahsia yang diturunkan oleh nenek moyang beliau. Produk ini berjaya menarik perhatian pengguna kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai kecederaan dan penyakit kulit umum. Berita keberkesanan produk ini tersebar, En. Yeoh dan isterinya pun membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat untuk menghasilkan Minyak Herba dan produk-produk perubatan Cina. Kini, Tai Tong Ah Sdn. Bhd mempunyai tiga jenis produk utama jenama Udang, iaitu Minyak Herba, Linimen Rumagon dan Minyak HuoLuo (mengaktifkan saraf dan urat).
Kemudahan penghasilan di Kaki Bukit View
Dulu, minyak herba ini dibuat secara tradisional di rumah, dan seluruh ahli keluarga akan bersama-sama mengambil bahagian, berkongsi warisan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Mematuhi GMP