Pengasas kami, mendiang En. Yeoh Liew Kung dilahirkan di Wilayah Fujian, China pada tahun 1912. Seperti kebanyakan pemuda dari China Selatan yang dilanda kemiskinan pada masa itu, En. Yeoh menuju ke "Nanyang" (Asia Tenggara) untuk kehidupan yang lebih baik. Beliau akhirnya menetap di Singapura pada tahun 1930-an dan berkahwin dengan Soon Soo Keow, iaitu seorang pelakon opera Teochew yang datang ke Singapura dari Jieyang, Wilayah Guangdong, China. Mereka membesarkan sembilan orang anak.
Latar Belakang
Titik Permulaan Perniagaan
En. Yeoh merupakan seorang doktor perubatan Cina. Beliau menghasilkan Minyak Herba Cap Udang (Double Prawn brand Herbal Oil) pada tahun 1950-an dengan rumusan rahsia yang diwarisi oleh nenek moyangnya. Beliau mula merawat rakan-rakan dan jiran-jiran yang menderita kerana luka ringan, gigitan serangga, luka dan kudis buta. Beliau menghadiahkan minyak tersebut kepada rakan-rakan dan jiran-jiran yang tidak mampu berjumpa doktor. Minyak Herba terbukti sangat berkesan. En. Yeoh dan isterinya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan kecil dengan nama Syarikat Tai Tong Ah selepas menerima dorongan kuat daripada para pengguna yang berpuas hati. Mereka menjual Minyak Herba dan produk-produk perubatan Cina. Akhirnya, Syarikat Tai Tong Ah memutuskan untuk fokus pada dua jenis produk, yakni Minyak Herba dan Linimen Rumagon.