Formulasi Tradisional
Teknologi Moden

Syarikat Tai Tong Ah Sdn. Bhd (Tai Tong Ah Company Pte Ltd) menghasilkan produk perubatan tradisional Cina yang berkualiti tinggi di bawah cap “Udang” (Double Prawn).

Sejarah

Pengasas Tai Tong Ah ialah mendiang En. Yeoh Liew Kung yang datang ke Singapura dari China Selatan pada tahun 1930-an. Beliau ialah seorang doktor perubatan Cina yang berpengalaman. Perniagaan ini dimulakan pada tahun 1950-an ketika En. Yeoh menghasilkan beberapa botol Minyak Herba Udang di rumah dengan rumusan rahsia yang diturunkan oleh nenek moyang beliau. Produk ini berjaya menarik perhatian pengguna kerana keberkesannya yang hebat dalam merawat pelbagai kecederaan dan penyakit kulit umum. Khabar keberkesanan produk tersebar, En. Yeoh dan isterinya pun membuat keputusan untuk mendirikan syarikat untuk menghasilkan Minyak Herba dan produk-produk perubatan Cina. Kini, Tai Tong Ah Sdn. Bhd mempunyai tiga jenis produk utama jenama Udang, yakni Minyak Herba, Linimen Rumagon dan Minyak HuoLuo (mengaktifkan saraf dan urat).

Kemudahan

Tai Tong Ah berusaha sejak awal-awal lagi. Pada peringkat awal, En. Yeoh bersama isteri dan anak-anaknya menghasilkan produk hasil tangan di rumah. Selama bertahun-tahun, automasi diperkenalkan secara beransur-ansur dan proses kawalan mutu dilaksanakan. Pada tahun 1979, syarikat dipindahkan ke kilang pertamanya di Lorong Genting dan kemudian Taman Perindustrian Pasir Panjang pada tahun 1993. Selepas 14 tahun, syarikat dipindahkan ke Kawasan Perindustrian Tai Seng pada Oktober 2007 dan dianugerahkan sijil Amalan Pembuatan yang Baik (Good Manufacturing Practices, GMP) daripada Penguasa Sains Kesihatan (Health Sciences Authority, HSA) Singapura pada tahun 2008. Disebabkan rancangan pembangunan semula Kawasan Perindustrian Tai Seng, Tai Tong Ah berpindah ke hartanah sendiri di Kaki Bukit View pada bulan Disember 2018 dan dianugerahkan sijil GMP dalam masa kurang dari enam bulan.

Jaminan Kualiti

Tai Tong Ah komited untuk menghasilkan produk berkualiti kepada para pelanggan. Kami menggabungkan prinsip pemprosesan saintifik moden dan formulasi ubat-ubatan Cina dalam proses pembuatan. Kami mematuhi amalan terbaik GMP sepanjang proses pengeluaran demi menjamin kualiti produk. Jadi, produk kami adalah selamat, konsisten dan berkesan.

Pasaran Global

Cap Udang menerima sambutan yang baik daripada pengguna di Singapura, Malaysia, China, Thailand dan Hong Kong selama bertahun-tahun. Kami mendapat persetujuan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (U.S. Food and Drug Administration, USFDA) untuk pasaran Amerika Syarikat. Selain itu, Tai Tong Ah juga mendapat lesen import daripada China dan negara-negara lain seperti Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Australia dan New Zealand.

Semua anggota keluarga turut menyertai dalam pengeluaran Minyak Herba di rumah.
Volkswagen Kombi yang setia berkhidmat dipasang pembesar suara
Mematuhi GMP
Kemudahan penghasilan kini di Kaki Bukit View
Bahasa Malaysia