- by Tai Tong Ah
Pada petang Sabtu yang lalu (20/09/08), saya dan rakan-rakan pergi ke Pantai Timur untuk BBQ. Semasa kami menikmati makanan lazat, tiba-tiba saya terasa serangga menggigit kaki kanan saya. Saya segera membongkokkan badan untuk melihat kaki saya. Seekor semut hitam menggigit bahagian berhampiran jari kaki saya. Beberapa minit kemudian, bahagian yang digigit mula gatal dan bengkak.
Apabila saya sampai di rumah, "gelembung" mula berkembang pada tanda gigitan bengkak yang masih terasa sangat gatal. Nasib baik, saya sentiasa menyediakan Minyak Herba Cap Udang di dalam peti pertolongan cemas saya. Minyak herba ini juga minyak kegemaran ibu bapa saya. Saya segera menyapu minyak herba tersebut pada tanda gigitan. Setelah beberapa minit, saya berasa lebih selesa pada bahagian digigit tersebut.
Keesokan paginya, bahagian digigit masih sedikit gatal. Saya membubuh Minyak Herba Cap Udang sekali lagi dan telah sembuh sepenuhnya selepas itu. Sekarang, barulah saya tahu sebab ibu bapa saya selalu menyimpan belasan botol Minyak Herba Cap Udang di rumah.